Vaksin Pneumokokal Bakal Diwajibkan Bagi Kanak-kanak Bawah 2 Tahun

Vaksin Pneumokokal Bakal Diwajibkan Bagi Kanak-kanak Bawah 2 Tahun. Menurut sumber akhbar pada 6 Oktober lalu, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata bahawa vaksinasi Pneumokokal dijangka akan tersenarai dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) di bawah kerajaan baharu ini. Hal ini seiring dengan manifesto mereka, di mana kerajaan Pakatan Harapan berjanji untuk menyediakan vaksin pneumokokal bagi semua kanak-kanak di bawah umur dua tahun.

KEPENTINGAN VAKSIN PNEUMOKOKAL

Pakar kesihatan berpendapat bahawa vaksin Pneumokokal ini penting terutamanya bagi kanak-kanak 2 tahun ke bawah kerana ia dapat mencegah rangkaian jangkitan-jangkitan pneumokokal, lalu menyebabkan pelbagai jenis jangkitan yang kritikal seperti: Jangkitan / radang paru-paru, meningitis (radang membran yang mengelilingi saraf tunjang atau otak), sepsis (jangkitan dalam darah), sinusitis (jangkitan pada sinus), otitis media (jangkitan telinga tengah).

Penyakit Serius

Selain menyebabkan penyakit serius yang disebutkan di atas, ia juga boleh menjejaskan upaya seorang kanak-kanak normal dalam jangka masa panjang hingga mengalami terencat mental, pekak, lembam, dan paralisis. Dalam sesetengah kes, ia mampu membawa maut sekiranya tidak dirawat dengan segera. Menurut laporan Free Malaysia Today, setakat Mac 2018 lebih 136 negara sudah memasukkan vaksin Pneumokokal dalam senarai Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) mereka, manakala Malaysia adalah satu daripada 54 negara belum mewajibkan lagi pelaksanaannya. Buat masa ini, vaksin Pneumokokal boleh didapatkan secara berasingan di klinik swasta dengan kadar cas tertentu (harga sekitar RM200-300) bergantung kepada bilangan dos yang diperlukan mengikut usia. Selain Pneumokokal, antara vaksin tambahan yang boleh didapatkan termasuklah Rotavirus dan Influenza.

Diletakan Sebagai ‘Special Request’

Tambah Dr Dzulkefly lagi, beliau telah meletakkan vaksin Pneumokokal ini sebagai ‘permintaan khas’ dalam belanjawan seterusnya, dengan peruntukan RM180 juta bagi kohort (kumpulan) kira-kira 500,000 setahun. Semoga bajet ini diluluskan dan lebih ramai kanak-kanak mendapat perlindungan serta manfaat kesihatan yang berkualiti daripada Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) nanti!

Sumber: The Star

Artikel Lain

Jaga Keselamatan Diri Dan Keluarga, Tolong Jangan Kongsi 5 Benda Ni Di Media Sosial!

Sudah menjadi lumrah bagi sesetengah orang untuk berkongsi segalanya di media sosial termasuklah aktiviti harian, gambar makanan, pakaian dan sebagainya. Kebiasaannya, niat kita memuat naik sesuatu di media sosial hanyalah niat untuk berkongsi kegembiraan bersama rakan-rakan dan keluarga. Tidak dinafikan media sosial juga boleh berfungsi sebagai album dan diari digital yang menyimpan data peribadi secara dalam talian tanpa perlu khuatir ia akan hilang.

Setiap Kebaikan Ada Keburukan

Tetapi, setiap kebaikan ada keburukannya jika kita menyalah gunakannya. Keburukan boleh terjadi sekiranya kita terlalu berlebihan dalam berkongsi maklumat di media sosial. Individu di luar sana yang berniat jahat terhadap kita boleh mengakses maklumat peribadi kita dengan mudah melalui perkara yang kita kongsikan di media sosial. Oleh itu, entri kali ini akan berkongsi tentang beberapa perkara yang tidak sepatutnya kita kongsi di laman sosial bagi menjaga keselamatan diri dan keluarga supaya tidak menerima ancaman buruk dari luar.

1. BAGITAHU SUAMI OUTSTATION

Pencuri dan perompak paling takut dengan kehadiran sosok lelaki di dalam rumah kerana mereka tahu kebanyakan lelaki akan melawan dan mempertahankan diri dan keluarganya. Mereka paling seronok kalau mereka tahu tak ada lelaki langsung dalam rumah yang akan mereka pecah masuk.

2. BAGITAHU LOKASI RUMAH

Kalau nak tunjuk lokasi ‘check-in’ di media sosial pun, jangan sesekali check-in di lokasi yang berdekatan dengan rumah. Lagi spesifik lokasi rumah kita dedahkan, lagi bahaya untuk keluarga kita.

3. TAYANG NO PLATE KERETA

Bukan cuma info seberapa banyak saman je boleh dikorek daripada no plate ni. Alamat rumah, no ic, no telefon, dan nama penuh semuanya boleh digali hanya dengan menayangkan no plate kenderaan kita. Buka je MyEG dan MyCariInfo ataupun emailkan pada syarikat insurans kereta tu, semuanya boleh digali dan dicari!

4. TAYANG NO IC DAN NO PASSPORT

Kadang kadang kita teruja sangat duk tayang keputusan peperiksaan sampai lupa nak tutup nombor ic anak kita. Kadang-kadang tu kita terupload gambar percutian kita dan keluarga sampai ‘ter-snap’ sekali gambar passport padahal nombor tu semua adalah data peribadi yang wajib kita lindungi. Kalau rasa ada yang curi data peribadi kita boleh je buat aduan di web aduan@JPDP.gov.my. Pihak yang sebarluaskan data peribadi kita tu boleh dikenakan hukuman sampai RM500K tau!

5. BAGITAHU LAMBAT MENJEMPUT ANAK

Kadang kadang kita selalu buat posting ” aduh.Terlambat lagi ambik anak aku kat sekolah ” Benda ni sendiri dah diperingatkan oleh PDRM sebab risiko untuk orang luar pantau dan intip keberadaan kita dan anak kita. Sebarang kelewatan kita, adalah risiko besar bagi anak kita jadi sebaiknya jangan kita bagitahu pada orang luar lebih-lebih di media sosial. Tolong ingatkan benda ni semua pada keluarga dan pasangan kita ye.

Kongsikan artikel ini.
  • 175
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *