[VIDEO] Bahan Bukti Tersebar, NGO Gesa Pegawai Kendali Kes Syed Danial Disiasat

Bahan bukti tersebar, NGO gesa pegawai kendali kes Syed Danial disiasat. Sejak semalam, gambar menunjukkan mangsa yang meninggal dunia akibat dilanggar oleh seorang pemandu berbangsa Cina berpunca daripada kemalangan kecil telah berlegar-legar di media sosial.

Gambar kayu besbol undang tanda tanya

Mangsa, Syed Muhammad Danial bin Syed Syakir telah dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala dan rusuk. Individu yang melanggar serta memukul mangsa telah pun direman bersama isterinya.

Namun begitu, gambar yang dipercayai diperoleh daripada telefon bimbit isteri suspek telah tersebar hingga mengundang pelbagai persepsi negatif daripada netizen.

Macam mana bukti boleh tular?

Hal tersebut telah dipersoalkan oleh Dato’ Lokman Noor bin Adam iaitu Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat menerusi Facebooknya semalam.

Melalui penulisannya, beliau seakan mempersoalkan integriti pihak berkuasa kerana gambar mangsa tersebar sedangkan gambar itu diperoleh menerusi video yang diambil melalui telefon bimbit isteri suspek.

Laporan polis terhadap penyebar gambar telah dibuat

LOKMAN ADAM BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP IGP DAN PEGAWAI PENYIASAT KES BUNUH SYED MUHAMMAD DANIEL SYED SYAKIR

Posted by Lokman Adam Ssr on Selasa, 13 Ogos 2019

Sehubungan dengan itu, malam tadi, Dato’ Lokman telah hadir ke balai polis untuk membuat laporan berhubung penularan bahan bukti kes yang menyebabkan kematian Syed Danial tempoh hari.

Mangsa perlukan pembelaan

 

Laporan yang dibuat oleh beliau telah mendapat maklum balas yang pelbagai daripada netizen. Rata-rata menyokong tindakan tersebut bagi membersihkan nama mangsa dan memohon agar pihak berkuasa lebih peka terhadap isu sensitif ini supaya tidak mendatangkan sebarang pertelagahan lagi.

Berani kerana benar

 

Tunjuk sekali video yang dirakam

 

Sumber : Lokman Adam Ssr

Keluarga Sahkan Mayat Dijumpai Adalah Nora Anne – Ketua Polis Negeri Sembilan

Keluarga sahkan mayat dijumpai adalah Nora Anne – Ketua Polis Negeri Sembilan. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop […]

Kami

‘Kami Warga Pantai Pun Tak Berani Nak Pergi Ke Gunung Itu’

“Kami Warga Pantai Pun Tak Berani Nak Pergi Ke Gunung Itu”. Umum mengetahui bahawa jasad milik gadis Ireland yang telah […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *