[VIDEO] Bergendang Untuk Keluarkan Lipas, Buat Ramai Terhibur Dengan Makcik Ni!

Bergendang Untuk Halau Lipas, Buat Ramai Terhibur Dengan Gelagat Makcik Ni! Cuaca panas dan lembap pada musim panas di Jepun akan menyebabkan rumah didatangi serangga tidak kira betapa bersih sekalipun rumah dikemas.

Namun perkara itu masih mampu memeranjatkan seorang pengguna Twitter @darakkuma214 menyebabkan dia lambat bertindak balas apabila ternampak seekor lipas dirumah. Ia menyebabkan lipas itu berjaya melarikan diri dan keluarganya percaya bahawa serangga itu menyorok di bahagian tempat memasak ikan di dapur.

Video:

Tidak mahu lipas itu menjadi penduduk tetap di rumah, ibu pengguna Twitter itu mengambil sebatang chopstick dan mula mengetuk-ngetuk bahagian pemasak ikan itu sambil membuka dan menutup laci dapur tersebut dengan harapan bunyi bising akan menakutkan lipas itu.

Tetapi ketika keluarga itu sedang risau tentang lipas yang terlepas di rumah mereka, video yang dikongsi itu telah mencecah 4 juta tontonan di mana rata-rata netizen memuji bakat muzik mak cik itu, malah ada yang mendapat inspirasi untuk meng’gempak’kan lagi kehebatan irama yang dihasilkan.

Lipas Tidak Keluar

Malangnya, lipas itu masih tidak keluar dari tempat penyembunyiannya jadi tiada siapa yang tahu jika rancangan mak cik itu berjaya.

Sumber: Twitter, SoraNews24

Fizo Omar Sah Bercerai Talak Satu Dengan Mawar Karim

Fizo Omar Sah Bercerai Talak Satu Dengan Mawar Karim. Sebelum ini, industri hiburan dikejutkan dengan berita yang didakwa rumah tangga […]

‘Ini Pengorbanan Terbesar Saya’ – Mawar

‘Ini Pengorbanan Terbesar Saya’ – Mawar. Demikian pengakuan usahawan tudung terkenal, Mawar Abd Karim sambil menitiskan air mata ketika prosiding […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *