[Video] Momen-Momen Sayu Ibu Kucing Beri Kucupan Terakhir Sebelum ‘Tanam’ Sendiri Anaknya

Momen-Momen Sayu Ibu Kucing Beri Kucupan Terakhir Sebelum ‘Tanam’ Sendiri Anaknya. Tiada ibubapa yang tidak sayangkan anak dan frasa ini turut terpakai dalam dunia haiwan. Ini dibuktikan dengan perkongsian video oleh netizen daripada negara jiran di laman sosial yang pernah tular satu ketika.

Perkongsian yang dibuat di laman Twitter oleh pemilik akaun Chunga pada pertengahan tahun lepas mendakwa seekor ibu kucing terpaksa ‘mengebumikan’ anaknya sendiri kerana dibunuh oleh manusia.

Malah, Chunga juga berkongsi beberapa keping gambar yang menunjukkan momen-momen terakhir diantara ibu kucing berkenaan dengan anaknya sebelum ditanam.

Jelas kelihatan daripada video yang dikongsikan tersebut, ibu kucing berbulu putih itu menguis tanah bagi menimbus anaknya yang sebelum itu sudahpun diletakkan di dalam lubang, dipercayai digali oleh tuannya sendiri.

Sedihnya

Chunga juga turut sempat meninggalkan pesan supaya orang ramai menjadi lebih berperikemanusian dalam melayan makhluk bernyawa yang lain.

Katanya, tidak perlu dihalau atau dibunuh mana-mana kucing yang menumpang teduh dimana-mana rumah kerana mereka hanyalah hidupan yang tidak berdaya dan tidak boleh melakukan apa-apa.

 

Sumber: Chunga

Kongsikan artikel ini.
  • 831
  •  
  •  
  •  

[VIDEO] Niat Dah Baik..Tapi Lain Pulak Jadinya..Lelaki ni Bikin Netizen Gelak Sakan

[VIDEO] Niat Dah Baik..Tapi Lain Pulak Jadinya..Lelaki ni Bikin Netizen Gelak Sakan. Satu Video yang dimuat naik dilaman sosial instagram […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *