Sampai Madinah Terus Sedih, Kembara Berbasikal 4000 Km Tunai Haji Pemuda Ini Buat Ramai Kagum

(Video) Sampai Madinah Terus Menangis, Kembara Berbasikal 4000 Km Tunai Haji Pemuda Ini Buat Netizen Kagum. Haji merupakan rukun Islam kelima yang wajib dipenuhi bagi yang berkemampuan. Kemampuan untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah merupakan impian setiap umat Islam di seluruh dunia.

Jika zaman dahulu mereka menaiki kapal melalui jalan laut untuk ke tanah suci yang mungkin memakan bulan, kini dengan adanya kapal terbang, umat Islam dapat mengunjungi tanah suci itu dengan lebih cepat, mudah, selamat dan selesa.

Walaubagaimanapun, ada yang memilih kenderaan darat untuk berkelana ke kota itu. Ada yang menaiki bas, kereta, motosikal malah ada juga yang menunggang basikal.

Tunaikan Haji

Inilah yang dilakukan oleh sekumpulan penunggang basikal dari England yang gigih mengayuh sejauh 4000 kilometer merentasi 17 buah negara menuju ke Mekah untuk menunaikan haji.

Detik ketibaan sahabat-sahabat ini di kota Madinah telah dirakam dan dikongsi laman Ilmfeed Traveldan membuatkan netizen kagum.

“Subhanallah. Kenangan sepanjang hayat untuk saudara-saudara kita ni. Pencapaian hebat. Allahuakbar!”

“Mashallah, moga Allah berkati setiap batu yang kalian kayuh untuk ke Madinah dan ibadah hajimu. Moga Allah beri kalian ganjaran.”

Jom tonton detik mengagumkan ini di bawah.

Sumber: Ilmfeed Travel

‘Tak Sempat Elak’ – Empat motosikal ‘Melambong’ Tular di media sosial

Video empat penunggang motosikal ‘melambung’ tular di media sosial. Video memaparkan empat penunggang motosikal melambung akibat merempuh sebuah kenderaan tular di […]

“InsyaAllah anak, masa kamu akan tiba nanti” Bapa syukur Ainul Mardhiah tunjuk perkembangan positif

“InsyaAllah anak, masa kamu akan tiba nanti” Bapa syukur Ainul Mardhiah tunjuk perkembangan positif. Adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang telah […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *