Wajah Kusam Akan Jadi Berseri Kalau Korang Rajin Pakai Masker Homemade Ni!

Wajah Kusam Akan Jadi Berseri Kalau Ibu Rajin Pakai Masker Homemade Ni! Penjagaan kulit wajah yang berterusan akan dapat memastikan wajah tiada masalah kulit dan nampak berseri.

Oleh itu, andai mahu mencuba petua yang telah lama diamalkan oleh masyarakat India ini, bolehlah dicuba.

Petua ini dikongsikan oleh Fatin dan dia telah pun amalkan sejak bertahun lamanya. Dan kini terbukti masker Homemade ini serasi dengan kulit wajahnya dan nampak hasilnya.

Homemade

Untuk itu, dikongsikan cara penyediaan masker terbut untuk makluman bersama.

FLAWLESS KAN KULIT TANPA SKINCARE

BAHAN-BAHAN


1 1/2 sudu kunyit serbuk, 1 sudu yogurt ( Perisa Asli ), 1 sudu madu

Cara Buat :

Sediakan bekas plastik yang korang dah tak sayang sebab nnt kunyit tu akan lekat warnanya. Masukkan satu persatu bahan tadi menggunakan SUDU PLASTIK. ( Sudu besi boleh hilangkan khasiat madu ). Tak pun pakai je sudu yogurt tu.Gaulkan sampai sebati semua. Pastikan dia pekat dan tak menitik. Ratakan di muka guna belakang sudu. Jimat tayah beli berus. Biar dalam 30 minit sehingga kering. Basuh muka guna air suam & pencuci muka korang dan scrub muka terus ( amat digalakkan ).

Tip : Sediakan towel muka yg korang dah tak sayang sebab nnt kena kesan kunyit

KELEBIHAN :

Kulit jadi cerah dan flawless, Glowing kan kulit, Sembuhkan jerawat, Kurangkan pigmentasi, Anti Aging (penuaan), Kurangkan infection, Kulit rasa lembab je

Pulihkan dari surnbun ( terbakaq), Kurangkan gelap bawah mata.

Fatin dah amalkan setahun ++, seminggu 2 kali . Paling malas seminggu sekali

SOALAN FAMOUS

” Tak jadi kuning ke muka tu nanti ? ”

YES, Muka kita akan jadi sedikit kekuningan . Tapi selepas beberapa jam saja . Sebabtu fatin galakkan scrub muka selepas tu . ” Berapa lama nak nampak kesan ? ”

Hmmm .. Tah la . Fatin tak kira pulak berapa lama . Tapi yang pasti selalu lah buat . Tiba2 orang dah tegur . EHFLAWLESS NYA KULIT !

Sebenarnya , petua ni dapat masa fatin sembang dengan satu UNTIE CLEANER (India) masa belajar dulu. Walaupun kulit dia gelap , tapi glowing gila kulit dia ! Sebijik jerawat pun tarak . So dia bagi petua ni .

Dia kata orang india memang dok amal benda ni . Lagi2 time dorang nak kawin . Dorang akan kerap buat untuk naikkan seri pengantin . So kita ni cuba lah sebab nak nampak seri pengantin tu setiap hari .

Fatin lebih suka amalkan petua lama berbanding guna skincare yang kita taktau isi dia apa .

Sumber : Fatin Amierah Zabri Via Keluarga.my

Kongsikan artikel ini.
  • 2.1K
  •  
  •  
  •  

Berjaya Hilangkan 10kg Sebulan Tanpa Sebarang Produk, Selamat Dan Mudah!

Berjaya Hilangkan 10kg Sebulan Tanpa Sebarang Produk, Selamat Dan Mudah! Tips diet ini dikongsikan oleh Cik Alia Amira Rohadi yang […]

“Inilah Diet Saya Selama 3 Bulan, Berjaya Hilang 40 Kg” – Kongsi Lelaki Berjaya Kurus Walaupun Makan Cukup 6 kali sehari.

“Inilah Diet Saya Selama 3 Bulan, Berjaya Hilang 40 Kg” – Kongsi Lelaki Berjaya Kurus Walaupun Makan Cukup 6 kali […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *