Wanita Ini Kongsi Kebaikan Minum Air ‘Bird’s Nest’. Kulit Cantik Tau!

Wanita Ini Kongsi Kebaikan Minum Air Sar ang Burung. Kulit Cantik Tau! Setiap orang inginkan kulit wajah yang halus-mulus, bersih tanpa parut jerawat, jeragat dan sebagainya, bukan?

Tapi pening juga kalau anda sudah cuba untuk menggunakan pelbagai jenis produk namun masih tidak berjaya merawat kulit wajah.

Produk penjagaan kulit pula bukannya murah. Nak beli setiap bulan memang terasa sakit juga poket.

Susah betul nak jaga dan rawat kulit wajah ni. Mengalahkan jaga bayi.

Tapi pernahkah anda terfikir untuk jaga pengambilan makanan dan minuman terlebih dahulu sebelum pergi ke produk penjagaan kulit?

Ya, betul. Mungkin anda sudah menggunakan produk penjagaan kulit wajah yang sepadan dengan jenis kulit anda, namun masih belum berjaya untuk mengekalkan konsistensi penjagaan kulit wajah.

Sebab apa?

Mungkin ianya ada kena mengena dengan pengambilan makanan dan minuman anda. Paling bagus jika boleh mengurangkan pengambilan gula dalam air jika anda ingin memulakan langkah pertama.

Seorang pengguna Twitter iaitu Umaira Haris yang merupakan seorang pengguna tegar air Sarang Burung telah berkongsi kebaikan jika anda mengambil air ini.

Menarik!

Perkongsian ini juga dilihat telah mendapat perhatian ramai orang selepas meraih lebih 19k retweets ketika artikel ini ditulis.

Baca penuh di bawah:

Wajib minum setiap hari, kalau nak kulit lembut, toink toink toink & nampak lambat tua. Orang lain setiap kali Guardian, Watson sale sibuk cari skincare & makeup. Aku pula menggelupur cari benda ni.

Kalau ada jualan murah di Watsons atau Guardian, boleh dapatkan minuman ini dengan harga lebih rendah

Aku minum Bird Nest brand Ecolite Original kalau beli sebotol RM6.00. 1 box RM30.66. Tapi kalau ada sale dekat Guardian / Watson 2 box dapat RM38.00 – RM42.00. 1 box ada 6 botol. So untuk aku minum hari2, sebulan xsampai RM150.00 pun. Memang kulit rasa lain sngat minum bird nest.

Aku start minum bird nest lepas tengok ada 1 chinese lady ni borong bird nest sampai 10 kotak masa sale. Tp dia beli brand Kinohimitsu. Aku tanya dia sedap ke? Dia ckp “u try la, nnt u punya skin toink3” sambil dia penyek2 pipi dia. Sebagai penggoogle tegar balik tu terus study.

“Kulit gelap tak apa, janji bersih…”

Korang tahu la kulit org Cina mcm manakan. Putih tu aku x kisah, sbb aku sedar aku Melayu kulit memg dah hitam manis tp kulit Chinese selalu nmpk lembut, gebu, sihat, bersih x ada cela, toink toink toink tu yg aku mimpikan. Mcm yg ibu aku ckp “kulit gelap x apa janji bersih”.

Aku dah try mcm2 brand tp aku rasa yg Ecolite ni paling sedap ( ni bukan iklan berbayar, aku beli sendiri guna duit aku ). Serius tak ada rasa pelik, sedap sangat. Sehari kalau boleh aku nak minum 2-3 botol, tp memandangkan budget tak berapa meletop aku minum sehari sebotol je.

Tp kadang2 terlajak juga 2 botol sehari.  Aku xberapa suka brand lain sbb ada herba2, tp kalau korg suka herb terpulang la. Lagi bagus. Boleh try yg ada ginseng, black fungus, lotus. Selalunya Chinese memang suka yg ada herb ni. Sebab tu kulit diorang cantik sbb amal dr kecil.

Waktu terbaik untuk minum adalah selepas bangun tidur dan juga sebelum waktu tidur. Nak minum sejuk-sejuk pun boleh. Hasilnya memang terbaik!

Seeloknya minum lepas bangun tidur masa perut kosong, kalau budget lebih minum juga malam sebelum tidur. Kalau yg ready made dah siap macam ni aku suka minum sejuk2, simpan dlu dalam peti ais tp kalau yg aku masak sendiri aku suka minum panas suam2. Perghhh sedapnya.

Tp kalau korang ada masa & duit lebih boleh la beli yg raw dr Singse lepas tu masak sendiri. Kalau yg ni xpayah minum hari2 pun x apa, seminggu sekali dah cukup sbb power. Harga pula bergantung ikut gred. Ada yg dari puluh2 ringgit sampai la ribu2 ringgit.

Kalau beli yang mentah, boleh masak sendiri. Nak cuba boleh je, tak susah pun.

Sumber: Seismik

“Sebenarnya dia perlu dibantu.” -Caprice pula bersuara, ‘bingung’ dengan pemikiran Suhaimi Saad

“Sebenarnya dia perlu dibantu.” -Caprice pula bersuara, ‘bingung’ dengan pemikiran Suhaimi Saad. Sejak beberapa hari kebelakangan ini, isu bumi berbentuk leper […]

“Mengapa mahu api-apikan kenyataan cendekiawan?” -PU Amin ‘sangkal’ dakwaan ‘bumi leper’ Suhaimi 

“Mengapa mahu api-apikan kenyataan cendekiawan?” -PU Amin ‘sangkal’ dakwaan ‘bumi leper’ Suhaimi. Penyanyi nasyid yang pernah menganggotai kumpulan In-Team pada […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *