Wanita, Inilah 4 Cara Lelaki Menunjukkan Kasih Sayang, Cuma Wanita Je Tak Perasan!

Wanita, Inilah 4 Cara Lelaki Menunjukkan Kasih Sayang, Cuma Wanita Je Tak Perasan! Wanita seringkali mengeluarkan statement bahawa lelaki lelaki melayu tidak tahu erti romantik. Lelaki di Malaysia selalu di label ego. Namun hakikatnya, lelaki melayu tidak pandai menunjukkan kasih sayangnya secara terang-terangan. Kalau nak dibandingkan dengan lelaki barat, mereka lebih cenderung kepada sifat menunjuk-nunjuk kasih sayang.

sungguh Romantik

Tengok saja kelakuan mereka jika mereka ingin melamar teman wanita mereka, sungguh romantis. Angan-angan wanita tak akan jadi kenyataan, kerana lelaki melayu tidak dapat memuaskan hati anda dengan aksi-aksi gula macam tu. Namun, ini yang mungkin wanita terlepas pandang, bahawa lelaki melayu juga punya tahap romantisnya yang tersendiri.

1. Alihkan barang

Sebagai contoh ketika wanita sedang mengemas rumah, kebanyakkan lelaki Melayu tidak akan ikut campur urusan rumah. Ini kerana bagi mereka, tanggungjawab isteri adalah mengemas rumah. Namun dalam pada wanita tidak perasan, ketika sedang vacuum lantai ruang tamu, lelaki yang sedang ralit dengan tv atau telefon pintar akan mengalihkan barang-barang yang berdekatan dengannya seperti majalah yang jatuh di atas lantai, atau apa saja yang lokasinya di lantai. Tindakkan mereka terlalu santai sehingga wanita tidak perasan langsung.

2. Bawa Makan Luar

Lelaki yang menyayangi pasangannya, pasti tahu penat lelah pasangan mereka. Ini dapat dilihat dari sifat mereka yang rajin membawa pasangan keluar makan. Kalau biasa kita ke gerai mamak atau mana-mana gerai, pasti penuh dengan pasangan melayu kan? Ini kerana, lelaki Melayu tidak tahu bagaimana untuk menunjukkan kasih sayang, maka dengan belanja pasangan makan di luar sudah romantis bagi mereka. Jangan harapkan lelaki akan bawak pasangan ke candle light dinner, itu jarang akan berlaku pada pasangan melayu.

3. Hantar sebelum tengah malam

Ini bagi pasangan yang masih belum berkahwin. Mengapa kami cakap macam ni? Seorang lelaki yang bertanggungjawab, tahu hukum dan adat, pasti akan menghantar anak dara orang balik pada waktunya. Fakta yang ni bukanlah tepat 100%, namun wanita yang mempunyai teman lelaki bersifat sebegini, sila jangan lepaskan ye.

4. Sabar

Seorang lelaki yang penyayang akan bertahan dengan pasangan mereka tak kira apa pun yang terjadi. Seperti contoh kalau di pusat membeli-belah dan anda melihat pasangan sedang bertekak, Cuba anda perhatikan lelaki tersebut, mereka akan bertindak membatukan diri. Ini kerana mereka lebih memilih untuk diam kerana tidak mahu keruhkan keadaan. Di sini biasanya wanita menganggap bahawa lelaki tersebut pengecut dan terlalu mengikut kata pasangan. Namun ini cara mereka menjaga aib pasangan di khalayak ramai.

Orang Single Ni Cara Paling Best Untuk Korang Sambut Hari Jadi

Orang Single Ni Cara Paling Best Untuk Korang Sambut Hari Jadi. Alah..sedihlah nak sambut birthday tapi boyfriend tak ada, kawan-kawan pula sibuk dan keluarga pula ada hal masing-masing. Begitulah nasib orang single ini terasa macam kurang kasih sayang pun ada. Oopss! Tak baik cakap macam itu. Buat anda yang masih lagi sendirian dan akan sendirian pada hari jadi akan datang. Apa kata, lakukan beberapa aktiviti untuk memberi penghormatan pada diri sendiri.

1 Ambil Hari Cuti

Kalau tarikh lahir anda jatuh pada hari bekerja, ambil sahaja annual leave untuk bebas diri anda dari beban stress. Anggap sahaja tarikh lahir anda seperti cuti umum yang hanya khas untuk diri anda.

2 Pergi makan sedap-sedap

Spend duit pada makanan yang selama ini anda idamkan. Gantikan kek hari jadi dengan hidangan bufet hotel atau tempahan satu meja di restoran eksklusif.

3 Teroka tempat baru

Bila dah ambil annual leave, takkan mahu terperap dirumah. Inilah masanya untuk anda explore tempat baharu tanpa perlu bersesak. Tapi biasanya ada juga yang lebih suka melepak tonton Neftlix sahaja. Suka hati anda, ini hari anda!

4 Manjakan diri

Rasa tidak mahu penatkan diri dengan berjalan kesana-sini. Tempah satu hari penuh ke pusat spa dan kecantikan. Biar berseri-seri sepanjang tempoh umur yang baharu, sekali setahun okaylah. Jangan kedekut sangat.

5 Check up kesihatan

Bila agaknya kali terakhir anda lakukan pemeriksaan kesihatan? Kalau tak ingat atau tak pernah langsung, apa kata luangkan masa separuh hari dengan melakukan pemeriksaan penuh tubuh badan terutamanya fizikal dan mental.

Wanita Tanpa Mekap Lebih Disukai Oleh Lelaki. Betul Ke?

Wanita Tanpa Mekap Lebih Disukai Oleh Lelaki. Betul Ke? Mungkin ramai sudah tahu yang kebanyakan lelaki sememangnya suka melihat wanita […]

Ini 5 Perkara Yang Membuat Lelaki Tertarik! Yang No. 3 Paling Penting!

Ini 5 Perkara Yang Membuat Lelaki Tertarik! Yang No. 3 Paling Penting! Lelaki memang terpukau dengan kejelitaan dan kecantikan seseorang […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *