Wanita Tempatan Rakyat Malaysia, Kes Pertama Koronavirus.

0
9

Wanita Tempatan Rakyat Malaysia, Kes Pertama Koronavirus. Dua lagi kes koronavirus baharu (2019-nCoV) dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini.

Baca: Prof Muhaya Jelas Pemakaian Eyelash Extension

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kes pertama membabitkan adik perempuan kepada rakyat Malaysia pertama yang positif virus itu pada 4 Februari lalu.

Beliau berkata, wanita berusia 40 tahun itu mempunyai kontak langsung dengan lelaki berkenaan semasa pulang menyambut Tahun Baharu Cina di kampungnya di Kedah pada 23 Januari lalu.

“Wanita ini mula mengalami gejala demam dan sakit tekak pada 1 Februari dan batuk pada 4 Februari.

“Sebaik ahli keluarganya (abang), iaitu indeks kes dikesan positif koronavirus baharu, beliau kemudiannya dijejaki oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD),” katanya pada sidang media Situasi Terkini Jangkitan 2019-nCoV dan pengesanan kes baharu di Putrajaya, hari ini.

Dr Dzulkefly menjelaskan, hasil siasatan mendapati wanita itu tidak mempunyai sejarah perjalanan ke China, namun sebagai sebahagian aktiviti siasatan, sampel wanita itu dan ahli keluarganya yang lain diambil.

“Ujian pengesanan dan pengesahan 2019-nCoV yang dijalankan ke atasnya pada 5 Februari lalu dilaporkan positif, manakala bagi lain-lain ahli keluarganya termasuk suami dan anak wanita itu adalah negatif,” katanya.

Sementara itu, kes kedua positif koronavirus baharu dilaporkan kepada CPRC, membabitkan pelancong wanita dari Wuhan, China berusia 37 tahun yang tiba di negara ini bersama ibu dan tiga rakannya pada 25 Januari lalu.

“Mereka sudah melawati tempat pelancongan di sekitar Kuala Lumpur dan pada 1 Februari lalu, dia datang ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan gejala demam ringan dialaminya.

“Ujian pengesanan dan pengesahan 2019-nCoV yang dijalankan ke atasnya telah dilaporkan positif pada hari yang sama,” katanya yang memberitahu wanita itu ditempatkan di wad isolasi HKL dan stabil.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here